Sunday, July 1, 2012

Fever-ever



Setelah seminggu pulang dari tanah air yang kedua (USA) panas terik matahari di tanah air pertama (Malaysia) cukup menggugat jiwa dan hati. Terasa bahangnya dan teriknya mentari di Malaysia. Alhamdulillah sebelum itu sempat praktis menahan kepanasan matahari di Dubai semasa transit selama 22 jam di sana.


Alhamdulillah syukur kepada Allah yang memberikan perlindungan dan keselamatan sepanjang perjalanan kami yang mengambil masa lebih kurang 20 jam. Dengan menaiki Emirates yang boleh dipuji servisnya kerana snack yang boleh dikatakan tidak putus kunjung hehe. 

Touchdown di KLIA terus ke Kajang, menumpang sementara di rumah mak cik dan esoknya kembali pulang ke kampung halaman Batu Pahat Johor. Alhamdulillah selamat tiba jua akhirnya walaupun terkilan kerana tidak dapat join ikhwah-ikhwah yang lain di KL :( 

Hampir seminggu berada di rumah, ditakdirkan Allah diri ini dikurniakan demam yang amat teruk. Satu badan tidak bermaya dan sakit-sakit. Sakitnya hanya Allah yang tahu. Masa ni-lah baru betul-betul terasa kehilangan antara nikmat besar yang Allah beri, nikmat kesihatan.

Dulu badan yang kuat dan berdaya mampu untuk bergerak ke sana ke mari. Bermujahadah berjemaah di masjid untuk melatih diri yang banyak kesilapan dan dosa. Bila hilang nikmat kesihatan itu, baru terasa betapa ruginya jika semasa sihat tidak mahu beramal dengan bersungguh-sungguh.

Sesungguhnya Allah bila-bila je boleh tarik nikmat dan kudrat yang dia berikan kepada kita. Anytime! Allah boleh lemahkan kita atau jadikan kita seorang yang tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Saat itulah barulah tersedar oh alangkah ruginya selama ini masa yang aku ada, kesihatan badan yang aku ada tidak digunakan dengan betul!

Terlampau zalim diri ini jika difikirkan kerana meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Tetapi bila dikurniakan kembali kekuatan dan nikmat yang pelbagai kita sering kembali lupa. Mula tidak mensyukuri nikmat yang dipinjamkan kepada kita. Allah... semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosa dan kesilapan yang kita lakukan.

No comments:

Post a Comment

kata yang baik meningkatkan iman