Tuesday, January 3, 2012

Apa yang kamu pandang?

3 jenis pandangan yang perlu dijauhkan
1. Melihat kepada aurat, yang dingin oleh nafsu
2. Melihat dunia dengan pandangan kebesaran
3. Melihat makhluk Allah dengan pandangan penghinaan

"Facebook satu alat yang boleh digunakan untuk kebaikan atau keburukan"
Cliche bukan ayat nih :P

Tapi itu bukanlah point yang sebenar. Apa yang dirisaukan adalah gaya pemikiran manusia masa kini yang  boleh dilihat melalui apa yang mereka tulis dan "bincangkan" di facebook atau twitter.

Alhamdulillah ramai yang bagus dan ada juga yang perlu diberikan perhatian.
Mari kita fokus kepada satu situasi supaya mudah untuk difahami.
Apabila ada manusia yang melakukan kesalahan, melanggar perintah Allah, ramai yang mula mengkritik atau menghina. Kemudian muncul yang lain mengatakan mereka telah judge orang itu begini dan begitu.

Muncullah kemudian golongan manusia yang mengatakan :
Leave him/her alone.
Jangan cari salah orang.

Ya memang benar kita sebagai manusia tidak patut mencari kesalahan manusia lain. Tidak patut mencaci maki  insan yang melakukan kesalahan atau dosa. Kerana apa? Itu bukanlah cara yang diajarkan oleh Rasullullah kepada umatnya. Umat Islam itu adalah umat yang terbaik sekiranya mereka sedar akan status mereka itu,
lalu cara menangani masalah juga haruslah cara yang terbaik.

Kita tidak boleh membenci orang yang membuat kesalahan, tapi kita perlu membenci kesalahan dan dosa yang dilakukan agar yang hak dan batil itu jelas dan tidak bercampur aduk.


Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.
(Al-Baqarah:42)

Kita perlu menanamkan di dalam hati bahawa dosa dan kesalahan yang dilakukan seseorang insan itu, adalah perkara yang begitu buruk yang dapat menimbulkan murka Allah. Menanamkan kebencian pada kejahatan dan kita akan dapat menjauhinya insyaallah. Masakan kita akan mendekati sesuatu perkara yang kita benci dan tidak suka?

Kalau kita mencaci maki pendosa itu, dia akan menjadi lebih jauh. Mungkin orang kita hina itu lebih baik dan hanya Allah yang Maha mengetahui. Tegurlah dengan cara yang berhikmah jika mampu, jika tidak mampu azamkan di dalam diri untuk mentarbiah(membentuk) rakan-rakan disekeliling kita dan juga isteri dan anak-anak supaya kesalahan dan dosa yang dilakukan itu tidak berulang.

Apa yang amat menyedihkan adalah, umat Islam itu sendiri yang digelar "khairu ummah" sudah lupa untuk membenci kejahatan dan dosa, atau mereka sebenarnya sudah tidak kenal mana yang batil dan mana yang hak. Melalui kata-kata yang diucapkan, kita dapat lihat ramai yang sudah lupa tanggungjawab mereka sebagai khalifah dan berbuat amar makruf nahi mungkar. Mereka tidak merasakan adanya pertalian jiwa dengan muslim yang lain lebih-lebih lagi yang melakukan dosa. Sehingga ada yang menganggap itu adalah masalah masing-masing dan pilihan masing-masing.

Amat menakutkan apabila kita sedar begitu ramai umat Islam hari ini tidak dapat membezakan antara Jahiliah dan Islam. Kerana pepatah mengatakan tak kenal maka tak cinta, samalah juga jika kita tidak mengenal Jahiliah kita akan cinta kepada neraka dalam diam-diam dan hilang cinta kepada syurga Allah.

Bencilah kita pada perbuatan dosa dan belajarlah untuk mengenali jahiliah supaya kita tidak terjerumus ke dalamnya.

Dengarkan kata-kata dari Habib Ali Al-Jufri bagaimana hendak memandang pelaku maksiat.



Positive side of the world