Thursday, February 2, 2012

Dimana KITA

Dimana nilai kita sebagai umat Islam hari ini. Apakah bezanya kita dan manusia yang tidak mengikut Islam? Cara kehidupan seharian kita, cara kita menghadapi masalah dan menyelesaikan masalah seharian. Ada beza atau tidak perlakuan seharian kita dengan manusia yang tidak mengenal Islam itu. Mari kita fikirkan sejenak, apakah Al-Quran itu hanya dibaca dan dihormati dengan meletakkannya di tempat yang tinggi? Sungguh rugi dan malang jika kita merasakan Al-Quran itu hanya perlu perlakukan seperti itu. Tanyalah pada diri masing-masing, kalau benar muslim itu menjadikan Al-Quran sebagai panduan dan peraturan hidup mereka, kenapa ramai muslim pada hari ini dipandang hina dan dibantai sesuka hati. Atau pun kita sebenarnya tidak sedar bahawa umat Islam pada saat ini sedang dibantai selumat-lumatnya oleh musuh-musuh Islam. Kadang-kadang dibantai juga oleh orang yang mengaku mereka beragama Islam.

Dimana kita meletakkan nilai Al-Quran pada hari ini jika ianya hanya dibaca dalam bahasa ibundanya dan tidak langsung terdetik dihati untuk memahami maksudnya. Teguran untuk diri sendiri juga kerana tidak bersungguh-sungguh mempelajari bahasa Arab dan cuba memahami isi Al-Quran itu dengan betul. Kerana apa saya mengatakan nilai Al-Quran itu direndahkan oleh umat Islam sendiri? Kerana kita tidak begitu bersungguh-sungguh untuk memahami isinya. Kalau kita boleh berusaha bersusah-payah mempelajari Bahasa Inggeris demi memahami sains dan matematik dan ilmu-ilmu yang lain, kenapa kita tidak berusaha bersunguh-sungguh untuk memahami buku yang mempunyai panduan hidup untuk semua manusia di bumi ini.

Tidak hairanlah kalau muncul individu-individu dikalangan umat Islam sendiri yang merasakan Islam itu ketinggalan zaman. Apakah puncanya? Puncanya adalah diri kita sendiri. Dari kecil hingga dewasa kita tidak pernah meletakkan Al-Quran itu sebagai neraca kehidupan kita. Segelintir dari kita hanya membaca tetapi tidak menyematkan apa yang dibaca dalam kehidupan seharian. Bilamana kita berfikir adakah pertimbangan kita mengambil kira apa yang diajar oleh Islam? Dalam perlakuan seharian adakah kita memikirkan bahawa adakah perlakuan aku ini mengikuti Al-Quran dan sunnah atau sebaliknya.

Selagi kita malas untuk memahami isi Al-Quran selagi itulah umat Islam akan dipandang rendah dan hina. Selagi mana kita tidak memahami ajaran Islam itu dengan sebenar-benarnya, selagi itulah kehidupan kita akan serupa dengan orang yang tidak mengenali Islam. Islam itu suatu rahmat dan nikmat yang besar jika kita memahaminya. Ingatlah bahawa Allah sentiasa dekat dan kitalah yang selalu menjauhkan diri dari Allah kerana  kejahilan diri sendiri. Jangan dilupa syaitan itu akan cuba sedaya upaya untuk menipu dan memperdayakan manusia supaya mengingkari Allah. Sedangkan syaitan itu sendiri patuh perintah Allah kecuali ketika diminta bersujud kepada Adam mereka enggan kerana sombong dengan apa yang dimiliki. Syaitan itu hanya melakukan apa yang dizinkan Allah, tetapi manusia lebih hebat dalam mensyirikkan Allah. Semoga Allah melindungi kita daripada azabnya.

2:208

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. - Al-Baqarah:208

Umat Islam itu apabila mereka meninggalkan Al-Quran mereka menjadi kering dan mati ibarat pokok yang tidak disiram yang akhirnya akan menjadi kering dan mati.

Wednesday, January 18, 2012

Special case : Biotechnology

Memandangkan ada beberapa orang samurians yg bertanya mengenai Biotechnology, diri ini rasa terpanggil untuk menjawab serba ringkas tentang 

1) What is Biotech?
2) Includes what?
3) Prospect

Jadi secara ringkasnya akan diterangkan secara ringkas especially berdasarkan program Biotechnology di US or lebih mudah di RIT sendiri

Biotechnology includes multidisciplinary of :

Biology
Microbiology
Biochemistry
Molecular Biology
Genetics
Chemistry
Chemical and Process Engineering

application of biology system and organism utk manufacturing and service industries.
dia ada bnyk cabang, cnth cam plant, industrial, medical etc2.

So basically boleh dikatakan Biotechnology is a very broad course. Kalau sapa2 pernah dengar genetic engineering, DNA recombinant, Biomedical, semua adalah parts of Biotech. So Biotech major basically akan touch sikit2 setiap subjek yang disebutkan di atas. 

Kesilapan yang pernah dilakukan dulu adalah menganggap Biotech will be about Bio no Chemistry and no Physic, No Physic is true but not Chemistry. Even Biotech undergraduate boleh further study untuk master dalam Biochemistry or ada lagi yang pelik macam chemical engineering.

Basically di RIT Biotechnology program student akan ada banyak lab. Various lab techniques akan digunakan seperti cell transformation, cloning cell n so on2... ble google kalau xfaham.

Di US xbanyak universiti yg offer Biotechnology program, ada ramai kawan2 yg terpaksa amek major cam biochemistry sebab xde specific major Biotechnology but RIT special case.

Untuk prospect Biotech pulak boleh lihat link dibawah yang dibuat khas oleh senior RIT Nico Abel credit belongs to him.

After graduation 

My profile:
Izzat Johar
Rochester Institute of Technology 
Molecular Bioscience and Biotechnology 
May 2013

Tuesday, January 3, 2012

Apa yang kamu pandang?

3 jenis pandangan yang perlu dijauhkan
1. Melihat kepada aurat, yang dingin oleh nafsu
2. Melihat dunia dengan pandangan kebesaran
3. Melihat makhluk Allah dengan pandangan penghinaan

"Facebook satu alat yang boleh digunakan untuk kebaikan atau keburukan"
Cliche bukan ayat nih :P

Tapi itu bukanlah point yang sebenar. Apa yang dirisaukan adalah gaya pemikiran manusia masa kini yang  boleh dilihat melalui apa yang mereka tulis dan "bincangkan" di facebook atau twitter.

Alhamdulillah ramai yang bagus dan ada juga yang perlu diberikan perhatian.
Mari kita fokus kepada satu situasi supaya mudah untuk difahami.
Apabila ada manusia yang melakukan kesalahan, melanggar perintah Allah, ramai yang mula mengkritik atau menghina. Kemudian muncul yang lain mengatakan mereka telah judge orang itu begini dan begitu.

Muncullah kemudian golongan manusia yang mengatakan :
Leave him/her alone.
Jangan cari salah orang.

Ya memang benar kita sebagai manusia tidak patut mencari kesalahan manusia lain. Tidak patut mencaci maki  insan yang melakukan kesalahan atau dosa. Kerana apa? Itu bukanlah cara yang diajarkan oleh Rasullullah kepada umatnya. Umat Islam itu adalah umat yang terbaik sekiranya mereka sedar akan status mereka itu,
lalu cara menangani masalah juga haruslah cara yang terbaik.

Kita tidak boleh membenci orang yang membuat kesalahan, tapi kita perlu membenci kesalahan dan dosa yang dilakukan agar yang hak dan batil itu jelas dan tidak bercampur aduk.


Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.
(Al-Baqarah:42)

Kita perlu menanamkan di dalam hati bahawa dosa dan kesalahan yang dilakukan seseorang insan itu, adalah perkara yang begitu buruk yang dapat menimbulkan murka Allah. Menanamkan kebencian pada kejahatan dan kita akan dapat menjauhinya insyaallah. Masakan kita akan mendekati sesuatu perkara yang kita benci dan tidak suka?

Kalau kita mencaci maki pendosa itu, dia akan menjadi lebih jauh. Mungkin orang kita hina itu lebih baik dan hanya Allah yang Maha mengetahui. Tegurlah dengan cara yang berhikmah jika mampu, jika tidak mampu azamkan di dalam diri untuk mentarbiah(membentuk) rakan-rakan disekeliling kita dan juga isteri dan anak-anak supaya kesalahan dan dosa yang dilakukan itu tidak berulang.

Apa yang amat menyedihkan adalah, umat Islam itu sendiri yang digelar "khairu ummah" sudah lupa untuk membenci kejahatan dan dosa, atau mereka sebenarnya sudah tidak kenal mana yang batil dan mana yang hak. Melalui kata-kata yang diucapkan, kita dapat lihat ramai yang sudah lupa tanggungjawab mereka sebagai khalifah dan berbuat amar makruf nahi mungkar. Mereka tidak merasakan adanya pertalian jiwa dengan muslim yang lain lebih-lebih lagi yang melakukan dosa. Sehingga ada yang menganggap itu adalah masalah masing-masing dan pilihan masing-masing.

Amat menakutkan apabila kita sedar begitu ramai umat Islam hari ini tidak dapat membezakan antara Jahiliah dan Islam. Kerana pepatah mengatakan tak kenal maka tak cinta, samalah juga jika kita tidak mengenal Jahiliah kita akan cinta kepada neraka dalam diam-diam dan hilang cinta kepada syurga Allah.

Bencilah kita pada perbuatan dosa dan belajarlah untuk mengenali jahiliah supaya kita tidak terjerumus ke dalamnya.

Dengarkan kata-kata dari Habib Ali Al-Jufri bagaimana hendak memandang pelaku maksiat.



Positive side of the world

Friday, December 30, 2011

Oh Sangat Best Rumahku!

Alhamdulillah selesai tiba di Rochester pada 11.33 malam 29/12/2011 setelah menempuhi perjalanan selama lebih kurang 3 hari :) semoga pengalaman dan jerih payah yang ditimba dapat dijadikan penguat untuk terus bekerja di jalan Allah. Amin

Sunday, December 11, 2011

Peringatan untuk diri yang lemah ini..



Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.

Al-Hujurat (49) : 11

Friday, December 9, 2011

Sujud dan Rukuk

Solat bukan sujud dan rukuk sahaja..bukan ritual semata...Solat perlu diiringi rasa kehambaan. Itulah dia Khusyuk. Apa itu rasa kehambaan? Kata Imam Al Ghazali- "Ianya rasa kagum, takut, harap, hina dan malu serng hamba tatkala menyembah Tuhannya dlm solat" Tanpa rasa kehambahan kita umpama jasad tanpa roh. Bagai bangkai yang tidak bernyawa. - Wardina Safiyyah

Monday, November 21, 2011

Karat Jahiliah

Bila iman itu turun dan naik, apabila nafsu menguasai diri, apabila akal tidak dapat mengawal perbuatan saat itu kita akan mudah terjatuh.

Mungkin jatuh itu akan naik kembali, mungkin juga jatuh itu terus menjunam sehingga ianya kosong.

Sedih dan pilu kerana perbuatan kita. Perbuatan yang menggelapkan dan memadamkan cahaya dari hati itu.
Asalnya ia putih dan jernih, tetapi kerana kesombongan kita, kita terlupa siapa yang ada di atas sana.
Merasakan semua aku yang punya, terlupa maut sentiasa di depan, tiba masa akan pergi tanpa kembali lagi.

Tetapi kenapa badan ini masih berdegil, masih membatu melakukan dosa. Sedih.... kasihan.... malu.....

Seorang hamba yang tidak sedar dirinya hina tetapi sentiasa membuat dosa.
Semoga Allah mengampunkan kita semua dan agar kita sentiasa dilindungi dari fana dunia :'(