Showing posts with label dosa. ampun. Show all posts
Showing posts with label dosa. ampun. Show all posts

Sunday, April 15, 2012

Perang Yang Berulang

Mujahadah. 





Bila berkata tentangnya bahana beratnya tidak begitu terasa 
Mungkin kerana diri yang tidak kuat. Iman yang rapuh.
Hati yang tidak suci. Dihiasi dengan dosa-dosa.
Perkara yang besar terasa kecil. Perkara yang sukar terasa mudah. 


Kasihan mujahadah itu... Lagi kasihan juga tuan badan itu...


Ya Allah!! Lantas kita terlupa hakikat mujahadah itu bagaimana. Bukan hanya bermujahadah di medan perang melawan musuh-musuh Islam. Tetapi bermujahadah melawan musuh di jiwa. Di hati! Di dalam diri!


Tetapi. Allah itu maha Pengampun. Sentiasa menerima taubat hambanya selagi dia masih bernafas.


Allah ya Rahman ya Rahim. 


Amat takut dan amat seram, terkadang kita tidak terasa panasnya neraka dan indahnya syurga.
Lalu bagaimana?? Apa gunanya nasihat-nasihat, ilmu-ilmu yang ada jika diri tidak takutkan neraka dan rindukan syurga!


Jadilah kita hamba yang derhaka yang menzalimi diri sendiri. Menzalimi diri sendiri. Menzalimi diri sendiri?


Sudah tahu padahnya, lalu masih  ingin lagi neraka yang panas amat itu, masih ingin ingkar, maka bukankah itu menzalimi diri. Sanggup menanggung sakit yang bertahan selamanya! Bertahun-tahun, beribu-ribu tahun, berjuta-juta tahun, tidak mati!!




Nah, apa lagi kalau itu bukan menzalimi diri sendiri, menyakitkan diri sendiri.
Hakikatnya, keingkaran masih terus dilakukan kerana yang di depan mata itu nampak indah, nampak nikmatnya, nampak cantiknya. Jelas sedapnya... 
Astaghfirullah al Adzim....



Wahhh! melompatlah syaitan itu kerana gembira, berjaya menjadi interior designer yang hebat.
Yang busuk, yang sampah, yang hina, yang dosa itu, nampak seperti syurga... di dunia.. 



Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir? 
(Al-An'am)

Nikmatnya tidak boleh ditandingi di mana-mana... Sedapnya... Hati kita berkata...


Tapi, hanya sekejap!! Selepas itu terasa kosong kembali, terasa jijik terhadap apa yang tadi dirasakan indah. 
Air mata menitis, mengalir, mencurah-curah pun tiada gunanya.. kalau tidak bertaubat.


Yang disangkakan suara hatinya, suara kemahuannya, bertukar menjadi suara pekat hitam dibayangi kesyaitanan disebaliknya. Hakikatnya, itu adalah bisikan jijik syaitan yang dilaknat!



نعوذ بالله من ذلك

Kami berlindung dengan Allah daripada perkara tersebut 

Aduh, tertipu lagi gamaknya kita. Sampai bila?? Sampai bila harus terus menerus berulang. Berulang kali terjadi, berulang kali tertipu, berulang kali skrip permainan yang sama. Nah yang hitam itu tetap dilihat putih.

Allah selamatkanlah kami ya Allah.

Mungkin kita tidak akan lagi tertipu apabila kita menjengah kubur.








Monday, November 21, 2011

Karat Jahiliah

Bila iman itu turun dan naik, apabila nafsu menguasai diri, apabila akal tidak dapat mengawal perbuatan saat itu kita akan mudah terjatuh.

Mungkin jatuh itu akan naik kembali, mungkin juga jatuh itu terus menjunam sehingga ianya kosong.

Sedih dan pilu kerana perbuatan kita. Perbuatan yang menggelapkan dan memadamkan cahaya dari hati itu.
Asalnya ia putih dan jernih, tetapi kerana kesombongan kita, kita terlupa siapa yang ada di atas sana.
Merasakan semua aku yang punya, terlupa maut sentiasa di depan, tiba masa akan pergi tanpa kembali lagi.

Tetapi kenapa badan ini masih berdegil, masih membatu melakukan dosa. Sedih.... kasihan.... malu.....

Seorang hamba yang tidak sedar dirinya hina tetapi sentiasa membuat dosa.
Semoga Allah mengampunkan kita semua dan agar kita sentiasa dilindungi dari fana dunia :'(