Monday, August 27, 2012

Arghh Susahnya!

Kadangkala kita begitu susah meninggalkan perkara-perkara Jahiliyah yang seperti sudah sebati dengan diri.

Setelah begitu lama ditarbiah oleh Syaitan laknatullah dan hawa nafsu jiwa kita ibarat meronta-ronta tiap kali kita bermujahadah.

Kadang-kala berjaya kadang-kala kita tewas. Mohonlah kekuatan dari Allah kerana Dia adalah sumber segala-galanya.

Jika kita masih berkeras untuk meneruskan Jahiliyah dan melanggar perintah Allah.

Ingatlah firman Allah :


79:37
Maka (dapatlah masing-masing mengetahui kesudahannya); adapun orang yang melampau (perbuatan derhakanya), -
79:38
Serta ia mengutamakan kehidupan dunia semata-mata, -
79:39
Maka sesungguhnya neraka Jahanamlah tempat kediamannya.


79:40



Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu, - 



79:41
Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya 
{Surah An-Nazi'at}


Sunday, July 1, 2012

Fever-ever



Setelah seminggu pulang dari tanah air yang kedua (USA) panas terik matahari di tanah air pertama (Malaysia) cukup menggugat jiwa dan hati. Terasa bahangnya dan teriknya mentari di Malaysia. Alhamdulillah sebelum itu sempat praktis menahan kepanasan matahari di Dubai semasa transit selama 22 jam di sana.


Alhamdulillah syukur kepada Allah yang memberikan perlindungan dan keselamatan sepanjang perjalanan kami yang mengambil masa lebih kurang 20 jam. Dengan menaiki Emirates yang boleh dipuji servisnya kerana snack yang boleh dikatakan tidak putus kunjung hehe. 

Touchdown di KLIA terus ke Kajang, menumpang sementara di rumah mak cik dan esoknya kembali pulang ke kampung halaman Batu Pahat Johor. Alhamdulillah selamat tiba jua akhirnya walaupun terkilan kerana tidak dapat join ikhwah-ikhwah yang lain di KL :( 

Hampir seminggu berada di rumah, ditakdirkan Allah diri ini dikurniakan demam yang amat teruk. Satu badan tidak bermaya dan sakit-sakit. Sakitnya hanya Allah yang tahu. Masa ni-lah baru betul-betul terasa kehilangan antara nikmat besar yang Allah beri, nikmat kesihatan.

Dulu badan yang kuat dan berdaya mampu untuk bergerak ke sana ke mari. Bermujahadah berjemaah di masjid untuk melatih diri yang banyak kesilapan dan dosa. Bila hilang nikmat kesihatan itu, baru terasa betapa ruginya jika semasa sihat tidak mahu beramal dengan bersungguh-sungguh.

Sesungguhnya Allah bila-bila je boleh tarik nikmat dan kudrat yang dia berikan kepada kita. Anytime! Allah boleh lemahkan kita atau jadikan kita seorang yang tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Saat itulah barulah tersedar oh alangkah ruginya selama ini masa yang aku ada, kesihatan badan yang aku ada tidak digunakan dengan betul!

Terlampau zalim diri ini jika difikirkan kerana meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Tetapi bila dikurniakan kembali kekuatan dan nikmat yang pelbagai kita sering kembali lupa. Mula tidak mensyukuri nikmat yang dipinjamkan kepada kita. Allah... semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosa dan kesilapan yang kita lakukan.

Monday, April 30, 2012

Ghafir

(Lalu dikatakan kepada mereka setelah ditimpakan dengan azab seksa): "Balasan buruk yang demikian ini disebabkan kamu dahulu bersukaria di muka bumi dengan cara yang salah (pada hukum Tuhan), dan disebabkan kamu bersenang lenang dan bermegah-megah dengan berleluasa (dalam maksiat).


40:75

Tuesday, April 17, 2012

Fatir

Wahai umat manusia, sesungguhnya janji Allah (membalas amal kamu) adalah benar; maka janganlah kamu diperdayakan oleh kemewahan hidup di dunia, dan janganlah Syaitan yang menjadi sebesar-besar penipu itu berpeluang menyebabkan kamu terpedaya dengan (kemurahan) Allah (lalu kamu lalai dan menderhaka).


Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka.

Orang-orang yang kafir, bagi mereka azab yang berat; dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, bagi mereka keampunan dan pahala yang besar.


Maka (fikirkanlah) adakah orang yang diperelokkan kepadanya amal buruknya (oleh Syaitan) lalu ia memandangnya dan mempercayainya baik, (bolehkah disifatkan sebagai orang yang menjalankan peraturan yang ditetapkan Allah untuk memberi hidayah kepadanya, atau sebaliknya) ? Kerana sesungguhnya Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya, dan Ia juga memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Oleh itu, janganlah engkau membinasakan dirimu (wahai Muhammad) kerana menanggung dukacita terhadap kesesatan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka kerjakan.

Adakah selama ini kita juga melihat perbuatan-perbuatan yang buruk dan dosa itu baik? Ingatlah musuh kita yang paling utama, syaitan dan  iblis yang sentiasa dengan bijaknya memperdayakan kita. Menipu mata kasar kita, membisikkan kata-kata indah pada perkara yang Allah murka. 

Semoga kita dapat bermujahadah melawan itu semua Insyaallah.



Sunday, April 15, 2012

Perang Yang Berulang

Mujahadah. 





Bila berkata tentangnya bahana beratnya tidak begitu terasa 
Mungkin kerana diri yang tidak kuat. Iman yang rapuh.
Hati yang tidak suci. Dihiasi dengan dosa-dosa.
Perkara yang besar terasa kecil. Perkara yang sukar terasa mudah. 


Kasihan mujahadah itu... Lagi kasihan juga tuan badan itu...


Ya Allah!! Lantas kita terlupa hakikat mujahadah itu bagaimana. Bukan hanya bermujahadah di medan perang melawan musuh-musuh Islam. Tetapi bermujahadah melawan musuh di jiwa. Di hati! Di dalam diri!


Tetapi. Allah itu maha Pengampun. Sentiasa menerima taubat hambanya selagi dia masih bernafas.


Allah ya Rahman ya Rahim. 


Amat takut dan amat seram, terkadang kita tidak terasa panasnya neraka dan indahnya syurga.
Lalu bagaimana?? Apa gunanya nasihat-nasihat, ilmu-ilmu yang ada jika diri tidak takutkan neraka dan rindukan syurga!


Jadilah kita hamba yang derhaka yang menzalimi diri sendiri. Menzalimi diri sendiri. Menzalimi diri sendiri?


Sudah tahu padahnya, lalu masih  ingin lagi neraka yang panas amat itu, masih ingin ingkar, maka bukankah itu menzalimi diri. Sanggup menanggung sakit yang bertahan selamanya! Bertahun-tahun, beribu-ribu tahun, berjuta-juta tahun, tidak mati!!




Nah, apa lagi kalau itu bukan menzalimi diri sendiri, menyakitkan diri sendiri.
Hakikatnya, keingkaran masih terus dilakukan kerana yang di depan mata itu nampak indah, nampak nikmatnya, nampak cantiknya. Jelas sedapnya... 
Astaghfirullah al Adzim....



Wahhh! melompatlah syaitan itu kerana gembira, berjaya menjadi interior designer yang hebat.
Yang busuk, yang sampah, yang hina, yang dosa itu, nampak seperti syurga... di dunia.. 



Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir? 
(Al-An'am)

Nikmatnya tidak boleh ditandingi di mana-mana... Sedapnya... Hati kita berkata...


Tapi, hanya sekejap!! Selepas itu terasa kosong kembali, terasa jijik terhadap apa yang tadi dirasakan indah. 
Air mata menitis, mengalir, mencurah-curah pun tiada gunanya.. kalau tidak bertaubat.


Yang disangkakan suara hatinya, suara kemahuannya, bertukar menjadi suara pekat hitam dibayangi kesyaitanan disebaliknya. Hakikatnya, itu adalah bisikan jijik syaitan yang dilaknat!



نعوذ بالله من ذلك

Kami berlindung dengan Allah daripada perkara tersebut 

Aduh, tertipu lagi gamaknya kita. Sampai bila?? Sampai bila harus terus menerus berulang. Berulang kali terjadi, berulang kali tertipu, berulang kali skrip permainan yang sama. Nah yang hitam itu tetap dilihat putih.

Allah selamatkanlah kami ya Allah.

Mungkin kita tidak akan lagi tertipu apabila kita menjengah kubur.








Saturday, March 24, 2012

Di antara dua, kita di mana?





Sekujur jenazah dibawa melintasi Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam. Lalu Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda: KEREHATAN atau DIREHATKAN DARIPADANYA. Baginda ditanya, apakah maksud kerehatan dan direhatkan daripadanya itu? Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam menjawab: Seorang hamba yang beriman, (dengan kematian itu) dia direhatkan daripada kesusahan dunia dan dibawa kepada rahmat Allah. Ada pun hamba yang jahat, kematian itu telah menyebabkan hamba-hamba Allah, tanah air, pohon-pohon dan haiwan-haiwan direhatkan daripadanya! [Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Tuesday, March 13, 2012

Dosa Hamba yang Belajar

Surah Al-Jathiyah



 Sesiapa yang mengerjakan amal soleh, maka faedahnya akan terpulang kepada dirinya sendiri; dan sesiapa yang berbuat kejahatan, maka bahayanya akan menimpa dirinya sendiri; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu. 

Al-Quran ini menjadi panduan-panduan yang membuka matahati manusia, dan menjadi hidayah petunjuk serta membawa rahmat bagi kaum yang meyakini (kebenarannya). 


Patutkah orang-orang yang melakukan kejahatan menyangka bahawa Kami akan menjadikan mereka seperti orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dengan menyamakan keadaan (mereka semua) semasa mereka hidup dan semasa mereka mati? Buruk sungguh apa yang mereka hukumkan itu. 


Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap

orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya

dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar)

dan ditutup pula atas pendengarannya dan hatinya

serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? 

Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? 

Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf? 

Sesungguhnya jika diri kita ingin melakukan dosa, ingatlah Allah akan menutup kesemuanya pintu-pintu hidayah dan di saat itu segala kemanisan iman yang telah kita rasai akan hilang dan terus membawa kita ke arah Neraka yang Allah telah sediakan untuk orang-orang yang sombong dan zalim terhadap diri mereka sendiri.